Email Cinta dari JLKN (^^)v

Assalamualaikum & hola bloggie.. (^^)v


    Hari ni tetiba ada email dr unknown person..wondering la kan, hengat kan sape la kan? Upenye2 officer Jabatan Latihan Khidmat Negara responding on my previous email hehehe.. Alkisahnye ari tu anto la email kat JLKN, tanya whether bley x nk exempt dari jadi pelatih.. Instead of that, can i apply for any coaching officer, preferably on modul kenegaraan sbb i'm a law student who happened to know a little bit on nation and stuff..But, guess what how the response was? Agak2 menjawab soklan secara directly x? Siyesly malas giler nak baca!!! Untuk korang, bace la sendiri ye..lalalalalalalala :D






 iyola..sume nak 1 kan? hehe!
credit to: http://www.plkn.my/plkn.my_logo.jpg 








 RE: Aduan/Maklumbalas Pengunjung Laman Web‏


From:

Farah Nadia Binti Marwilis (farahnadia@khidmatnegara.gov.my)
Sent:
Monday, 5 Apr, 2010 3: 57 PM
To:
njayzackz7@hotmail.com
Cc:
'ccenter' (ccenter@khidmatnegara.gov.my)
Tuan/Puan,

Terima kasih di atas e-mel tuan/puan. 

A.     APABILA TUAN/PUAN DIPILIH:-
Seksyen 3 (Proklamasi) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628)
Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui proklamasi, mengarahkan bahawa, melainkan jika Akta ini memperuntukkan selainnya, tiap-tiap orang yang –
(a)   Pada tarikh proklamasi itu, telah mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi itu, yang tidak kurang daripada enam belas tahun, tetapi belum mencapai umur yang ditentukan dalam proklamasi itu, yang tidak lebih daripada tiga puluh lima tahun; dan
(b)   Merupakan warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia;
hendaklah bertanggungan untuk menjalani latihan Khidmat Negara di bawah Akta ini.
               
WHEN YOU’RE CHOSEN
Section 3 (Proclamation) National Service Training Act 2003 (Act 628)
The Yang di-Pertuan Agong may from time to time, by proclamation, direct that, unless this Act provides otherwise, every person who –
(a)     On the date of the proclamation, has attained such age as may be specified in the proclamation, not being less than sixteen years, but has not attained such age as may be specified in the proclamation, not being more than thirty-five years; and
(b)     Is a citizen or permanent resident of Malaysia,
Shall be liable to undergo national service training under this Act.

B.      SEKIRANYA TUAN/PUAN INGKAR:-
Seksyen 18 (Tidak Menghadiri Latihan Khidmat Negara) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628)
Subseksyen 18(1) Mana-mana orang yang tidak menghadirkan dirinya bagi latihan khidmat Negara seperti yang dikehendaki supaya dibuat olehnya menurut kuasa pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Majlis di bawah subseksyen 17(2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat.

IF YOU FAIL TO ATTEND
Section 18 (Failure to attend national service training) National Service Training Act 2003 (Act 628)
Subsection 18(1) Any person who fails to present himself for national service training as he required to do by virtue of the notification issued by the Council under subsection 17(2) commits an offence and shall on conviction be ordered to perform community service.

C.      SEKIRANYA TUAN/PUAN MEMOHON PENANGGUHAN:-
Seksyen 20 (Penangguhan Tanggungan) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628)
Subseksyen 20(1) Tertakluk kepada seksyen ini, mana-mana orang yang bertanggungan untuk menjalani latihan khidmat Negara boleh memohon mengikut cara yang ditetapkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk mendapatkan perakuan penangguhan tanggungan untuk dipanggil menghadiri latihan Khidmat Negara atas alasan bahawa kesusahan yang luar biasa akan berlaku jika orang itu dipanggil sedemikian, dan dia boleh atas alasan itu memohon mengikut cara yang ditetapkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk mendapatkan pembaharuan apa-apa perakuan penangguhan yang diberikan kepada orang itu.
               
IF YOU WANT TO APPLY FOR A POSTPONEMENT
Section 20 (Postponement of liability) National Service Training Act 2003 (Act 628)
Subsection 20(1) Subject to this section, any person liable to undergo national service training may apply in the prescribed manner to the proper authority for a certificate of postponement of liability to be called up for national service training on the ground that exceptional hardship would ensue if he were so called up, and may on that ground apply in the prescribed manner to the proper authority for the renewal of any postponement certificate granted to such person.

Di dalam Warta Kerajaan:-
In His Majesty’s Government Gazette:-
Tarikh 8 Januari 2004 :                   Peraturan-peraturan Latihan Khidmat Negara
(Penangguhan Tanggungan) 2004
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 20(5) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], Menteri membuat peraturan-peraturan berikut:

Perkara 7 (Prinsip dan keadaan)
Pada menimbangkan sesuatu permohonan untuk perakuan penangguhan atau pembaharuan perakuan penangguhan atau suatu rayuan terhadap keengganan untuk member atau memperbaharui suatu perakuan penangguhan, prinsip yang hendak dipakai dan keadaan yang hendaklah diambil kira adalah seperti yang berikut:
(a)   Sama ada orang itu akan menduduki suatu peepriksaan utama dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani latihan khidmat Negara;
(b)   Sama ada orang itu sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani latihan khidmat Negara; dan
(c)    Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa pada orang tersebut jika dia menjalani latihan khidmat Negara.

Date 8th January 2004         :               National Service Training (Postponement of Liability)
Regulations 2004
In exercise of the powers conferred by subsection 20(5) of the National Service Training Act 2003 (Act 628) the Minister makes the following regulations:

Regulation 7 (Principles and circumstances)
In considering an application for a postponement certificate or for a renewal of a postponement certificate or an appeal against the refusal to grant or renew a postponement certificate, the principles to be applied and the circumstances to which regard is to be had shall be as follows:
(a)     Whether the person will be sitting for a major examination in the year that he is required to undergo national service training;
(b)     Whether the person is pursuing studies during which period he is required to undergo national service training; and
(c)      Any other circumstances that will give rise to exceptional hardship to the person if he were to undergo national service training.

D.     SEKIRANYA TUAN/PUAN MEMOHON PENGECUALIAN:-
Seksyen 4 (Pengecualian) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628)
Subseksyen (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang atau kategori orang daripada kuat kuasa Akta ini.
               
IF YOU WANT TO APPLY FOR AN EXEMPTION
Section 4 (Exemption) National Service Training Act 2003 (Act 628)
Subsection (1) The Minister may, by notification in the Gazette, exempt any person or categories of persons from the operation of this Act.

Di dalam Warta Kerajaan:-
In His Majesty’s Government Gazette:-
Tarikh 4 Disember 2003:                Pemberitahuan Pengecualian Di Bawah Subseksyen 4(1)
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 4(1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 [Akta 628], Menteri mengecualikan kategori orang yang dinyatakan dalam Jadual daripada kuat kuasa Akta.
1.      Orang bercelaru mental di bawah Ordinan Kecelaruan Mental 1952 [Ord.31/1952], pesakit mental di bawah Ordinan Kesihatan Mental (Sarawak) 1961 [Ord. Sarawak 16/1961] atau orang gila di bawah Ordinan Orang Gila (Sabah) 1951 [Bab 74 Sabah].
2.      Orang yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal yang menyebabkan dia tidak berupaya menjalani latihan Khidmat Negara.
3.      Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
4.      Orang yang menjalani tahanan di bawah mana-mana undang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa yang berhubungan dengan tahanan pencegahan.
5.      Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan atau yang menjalani jagaan lanjutan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 [Akta 283].
6.      Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 612].
7.      Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
8.      Orang yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menghidapi penyakit berjangkit di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Date 4th December 2003    :               Notification of Exemption under Subsection 4(1)
In exercise of the powers conferred by subsection 4(1) of the National Service Training Act 2003 (Act 628), the Minister exempts the category of persons specified in the Schedule from the operation of the Act.
1.       Mentally disordered persons under the Mental Disorder Ordinance 1952 [Ord.31/1952], mental patients under the Mental Health Ordinance (Sarawak) 1961 [Sarawak Ord.16/1961] or lunatics under the Lunatics Ordinance (Sabah) 1951 [Sabah Cap.74].
2.       Persons who have been certified by a Government Medical Officer to be under a physical disability that renders him unable to undergo national service training.
3.       Persons undergoing a punishment of imprisonment.
4.       Persons undergoing detention under any law for the time being in force relating to preventive detention.
5.       Persons undergoing treatment and rehabilitation or undergoing after-care under the Drug Dependents (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 [Act 283].
6.       Persons undergoing detention under the Child act 2001 [Act 612].
7.       Persons certified by a Government Medical Officer to be suffering a terminal illness.
8.       Persons certified by a Government Medical Officer to be suffering an infectious disease under the Prevention and Control of Infectious Disease Act [Act 342].

Tarikh 20 Januari 2005:                   Pemberitahuan Pengecualian Di Bawah Subseksyen 4(1)
(Tambahan Kategori Orang Yang Dikecualikan) 2005
Orang yang mengikuti program sepenuh masa di institusi Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia

Date 20th January 2005       :               Notification of Exemption under Subsection 4(1)
                                                                (Addition of Category of Persons Exempted)
Persons attending full-time programme in the institutions of the Malaysian Armed forces, Royal Malaysia Police Department, Fire and Rescue Department of Malaysia and Prisons Department of Malaysia.

Tarikh 21 Disember 2006:              Pemberitahuan Pengecualian Di Bawah Subseksyen 4(1) (Tambahan Kategori Orang Yang Dikecualikan) 2005
                                                                Wanita yang mempunyai anak kandung.

Date 21st December 2006  :               Notification of Exemption under Subsection 4(1)
                                                                (Addition of Category of Persons Exempted) 2006
                                                                Woman who has a biological child. 

E.      SEKIRANYA TUAN/PUAN SUDAH BEKERJA:-
Seksyen 24 (Cuti Untuk Latihan Khidmat Negara) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Subseksyen (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang yang bekerja dengannya dipanggil untuk latihan khidmat Negara bagi tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari, membenarkan orang yang bekerja dengannya itu bercuti selama tempoh itu untuk menghadiri latihan khidmat Negara.

                Subseksyen (2) Tiada majikan boleh –
(a)   Membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa potongan daripada gaji, saraan lain atau cuti tahunan orang itu; atau
(b)   Mengenakan atau menyebabkan supaya dikenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti,
atas sebab ketidakhadirannya untuk bekerja dalam tempoh itu.

                Subseksyen (3) Mana-mana majikan atau orang lain yang –
(a)   Secara langsung atau tidak langsung enggan, atau  dengan menakuti-nakuti, pengaruh tidak wajar, atau dengan apa-apa cara lain, mengganggu pemberian tempoh cuti kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (1); atau
(b)   Melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada dua kali ganda gaji dan saraan lain yang kena dibayar kepada orang itu selama tempoh dia dipanggil untuk menjalani latihan khidmat Negara atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya; dan Mahkamah yang mendapati mana-mana majikan bersalah atas suatu kesalahan di bawah subseksyen ini hendaklah memerintahkannya membayar kepada orang itu gaji dan saraan lain yang kepadanya dia berhak selama tempoh latihan khidmat Negara itu.
               
                IF YOU ARE ALREADY WORKING
                Section 24 (Leave for national service training) National Service Training Act 2003 (Act 628)
Subsection (1) Every employer shall, if any person in his employ is called up for national service training for a period not exceeding thirty days, allow such person in his employ leave for such period to attend national service training.
                               
                                Subsection (2) No employer shall –
(a)     Make or cause to be made any deduction from the pay, other remuneration or annual leave of such person; or
(b)     Impose or cause to be imposed upon exact from him any penalty,
by reason of his absence from work during such period.

                                Subsection (3) Any employer or other person who –
(a)     Directly or indirectly refuses, or by intimidation, undue influence, or in any other manner, interferes with the granting to any person the period of leave under subsection (1); or
(b)     Contravenes subsection (2),
Commits an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than double the pay and other remuneration due to such person during the period he was called up for national service training or to imprisonment for a term not exceeding two months to both; and the Court by which any employer is found guilty of an offence under his subsection shall order him to pay to such person the pay and other remuneration to which he is entitled during the period of national service training.


PERATURAN DAN PROSEDUR YANG MELAYAKKAN PERMOHONAN PENANGGUHAN/PEMBAHARUAN PENANGGUHAN BAGI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

1.         Penangguhan hanya akan diberikan kepada mereka yang termasuk dalam golongan berikut:
(a)   Samada orang itu akan menduduki suatu peperiksaan utama dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani Latihan Khidmat Negara. Contoh: SPM, STPM, STAM
(b)   Samada orang itu sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dikehendaki menjalani Latihan Khidmat Negara. Contoh: Foundation, Diploma atau Ijazah.
(c)    Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa pada orang tersebut jika dia menjalani Latihan Khidmat Negara. Contoh: Mengandung, masalah keluarga atau terlibat dengan Sukan Malaysia (SUKMA)

2.         Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui:-
·      Borang 1 – Borang Permohonan Penangguhan Tanggungan
(untuk permohonan pertama) yang disertakan di dalam Notis Pemberitahuan Peserta
·      Borang 2 – Borang Permohonan Pembaharuan Penangguhan Tanggungan
(untuk permohonan yang telah pernah menerima kelulusan penangguhan selewat-lewatnya dibuat 30 hari sebelum tamat tempoh penangguhan pertama diluluskan)
Kedua-dua borang boleh diperolehi di kaunter Jabatan atau dimuat turun melalui laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara http://www.khidmatnegara.gov.my.

3.         Bagi kes 1 (a), dokumen yang diperlukan adalah Surat Pengesahan rasmi daripada pihak sekolah

4.         Bagi kes 1 (b), dokumen yang diperlukan adalah :
·      Salinan surat tawaran belajar / surat pengesahan belajar daripada institusi pengajian yang telah disahkan dan nyatakan tempoh pengajian;
·      Salinan resit pembayaran yuran pengajian yang telah dibayar (sekurang-kurangnya ½ daripada jumlah yuran sebenar) yang telah disahkan.

5.         Bagi kes 1 (c), dokumen yang diperlukan adalah :
·      Surat pengesahan doktor yang mengandung;
·      Surat daripada pelatih yang disokong oleh pesuruhjaya sumpah atau pihak yang berkenaan bagi yang menghadapi masalah keluarga;
·      Surat daripada Majlis Sukan Malaysia bagi yang terlibat dengan sukan

6.         Bagi Rayuan Permohonan Penangguhan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang 3 dan dilampirkan dengan bukti-bukti sokongan.

7.         Bagi permohonan daripada kem, sila hantar permohonan penangguhan dengan lengkap seperti yang dinyatakan di atas beserta dengan surat / memo dari kem.

8.         Borang dan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantarkan melalui pos kepada :

                             Jabatan Latihan Khidmat Negara
                             Kementerian Pertahanan Malaysia
                             Aras 2-5, Bangunan Zetro
                             Jalan 9/27C, Seksyen 5
                             Wangsa Maju
                             53300 Kuala Lumpur
                        (u.p. Cawangan Penangguhan dan Pengecualian)

9.         Penting! Salinan dokumen sokongan yang dikemukakan hendaklah disahkan salinan sebenar oleh Pesuruhjaya Sumpah, Majistret, Penghulu, Penggawa, Tok Sidang, Jaksa Pendamai, Komandan atau Pengetua Sekolah.


PERATURAN DAN PROSEDUR BAGI PERMOHONAN PENGECUALIAN DARIPADA MENJALANI PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

1.      Mengikut Subseksyen 4(1), Akta Latihan Khidmat Negara, hanya terdapat sepuluh kategori orang yang boleh dikecualikan daripada menjalani program ini. 
(a)   Orang yang bercelaru mental;
(b)   Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal;
(c)    Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan;
(d)   Orang yang menjalani tahanan pencegahan;
(e)   Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan dadah;
(f)     Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-kanak 2001;
(g)   Orang yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut;
(h)   Orang yang menghidapi penyakit berjangkit;
(i)     Orang yang mengikuti program sepenuh masa di institusi Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.
(j)     Wanita yang mempunyai anak kandung.

2.      Setiap permohonan bagi kategori (a)(b)(g) dan (h) di atas hendaklah dibuat melalui:-

·        Borang Perakuan Kesihatan JLKN/K/:01/Pin 3/08
(BORANG INI WAJIB DIPENUHI OLEH CALON PELATIH).

·        Borang Pemeriksaan Perubatan JLKN/K/:02/Pin 3/08
(BORANG INI MESTI MENDAPAT PENGESAHAN DARIPADA SEORANG PEGAWAI PERUBATAN KERAJAAN DAN SEORANG PAKAR PERUBATAN KERAJAAN (jika perlu) di mukasurat 4 Borang JLKN/K/:02/Pin 3/08.)

·      Sila baca Garis Panduan Tatacara Pengendalian Pemeriksaan Perubatan Peserta PLKN oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan.  Ia disertakan di dalam Notis Pemberitahuan Peserta atau boleh diperolehi di kaunter Jabatan dan dimuat turun di http://www.khidmatnegara.gov.my

·      Borang Perakuan Kesihatan dan Borang Pemeriksaan Perubatan ini hendaklah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan samada dari:
o   Klinik Kesihatan Kerajaan
o   Hospital Kerajaan
o   Rumah Sakit Angkatan Tentera

3.      Bagi kategori (c)(d)(e)(f)(i)(j) dan kes OKU, permohonan mestilah menggunakan Borang Permohonan Pengecualian JLKN:K/03/Pin1/07 yang disertakan dengan dokumen sokongan yang berkaitan.

·         Bagi kategori (c), dokumen yang diperlukan adalah surat pengesahan daripada penjara tempat pemohon menjalani hukuman pemenjaraan;
·         Bagi kategori (d) dan (f), dokumen yang diperlukan adalah surat pengesahan daripada mahkamah atau surat pengesahan daripada pusat tempat pemohon menjalani tahanan;
·         Bagi kategori (e), dokumen yang diperlukan adalah surat pengesahan mahkamah yang menyatakan pemohon sedang menjalani rawatan dan pemulihan dadah;
·         Bagi kategori (i), dokumen yang diperlukan adalah surat pengesahan perkhidmatan dari unit tempat pemohon bertugas yang disahkan oleh Adjutan/Pegawai Memerintah;
·         Bagi kategori (j), dokumen yang diperlukan adalah satu salinan sijil kelahiran anak yang telah disahkan;
·         Bagi kes OKU, dokumen yang diperlukan adalah satu salinan Kad Pengenalan Orang Kurang Upaya yang telah disahkan.

4.      Kesemua borang disertakan di dalam Notis Pemberitahuan Peserta atau boleh diperolehi di kaunter Jabatan dan dimuat turun di http://www.khidmatnegara.gov.my.

5.      Borang dan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dihantarkan melalui pos kepada:

                             Jabatan Latihan Khidmat Negara
                             Kementerian Pertahanan Malaysia
                             Aras 2-5, Bangunan Zetro
                             Jalan 9/27C, Seksyen 5
                             Wangsa Maju
                             53300 Kuala Lumpur
                        (u.p. Cawangan Penangguhan dan Pengecualian)

6.      Bagi permohonan daripada kem, sila hantar permohonan pengecualian dengan lengkap seperti yang dinyatakan di atas beserta dengan surat/memo daripada kem.

7.      Penting! Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan salinan sebenar oleh Pegawai Gred A, Pesuruhjaya Sumpah, Majistret, Penghulu, Penggawa, Tok Sidang, Jaksa Pendamai atau Komandan Kem.

Oleh itu, sekiranya tuan/puan tidak berada di bawah kategori pengecualian, tuan/puan tidak berhak untuk tidak menghadiri PLKN.  Diharap, penjelasan yang diberikan amat berguna untuk tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

Farah Nadia binti Marwilis
Penolong Pengarah
Cawangan Penangguhan dan Pengecualian

From: ccenter [mailto:ccenter@khidmatnegara.gov.my] 
Sent: Monday, April 05, 2010 2:44 PM
To: Farah Nadia bt. Marwilis
Subject: FW: Aduan/Maklumbalas Pengunjung Laman Web

Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa emel ini diterima melalui ccentre@khidmatnegara.gov.my dan emel ini dimajukan kepada pihak puan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

-----Original Message-----
From: Webadmin [mailto:webadmin@khidmatnegara.gov.my] 
Sent: Saturday, April 03, 2010 1:59 AM
To: korporat@khidmatnegara.gov.my; ccenter@khidmatnegara.gov.my; crk@khidmatnegara.gov.my
Subject: Aduan/Maklumbalas Pengunjung Laman Web

Pengirim: Nur Juzaliana Jusoh
No Kad Pengenalan: 870507-46-5050

No Telefon Bimbit: 013-624***4
No Telefon Pejabat:
Alamat:
Lot 5953, Jalan Empangan Kenyir, Kg Gaung, 21700 Kuala Berang, Terengganu

Jenis maklum balas: Pertanyaan

Keterangan Maklumbalas:
Saya pelatih yang telah 2x mendapat pelepasan penangguhan. 1x - menunaikan haji, 2x - sedang belajar di universiti. Adakah mungkin saya boleh dilepaskan untuk tidak menjadi pelatih? Saya berminat untuk menggantikannya dengan menjadi jurulatih, terutamanya untuk modul kenegaraan kerana saya seorang pelajar undang-undang. Saya bakal tamat akhir tahun hadapan, jadi seboleh-bolehnya saya ingin memohon untuk jurulatih sementara kumpulan 1, bertempat di kem plkn hutan rekreasi ayer keroh kerana saya belajar di ayer keroh, ianya memudahkan saya. saya menunggu respon dari pihak tuan. terima kasih.

--
Email ini dihantar melalui borang maklumbalas pada laman web rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (http://www.khidmatnegara.gov.my)





p/s korang rasa officer ni menjawab soklan ke x? ke aku yg malas nk bace? haha!




oh tidak!!!
njayzack
bunga raya
0040am

6 reviews:

  M.E

April 6, 2010 at 6:27 PM

mungkin anda yg malas nk baca....
jadi, silalah baca...
pegilah PLKN~!! :P

  Juza

April 6, 2010 at 8:09 PM

ha, mmg la mls nk bace! banyak giler kots! ape la slhnye bg jek reliable sections sume..hari2 dok ngadap statute books, xyah la nk bombard lg ngan sume2 ni isk..and, kalau perasan d real question is that, instead of being a trainee, can i be a coach? mn mungkin umo 24-25 jd trainee skali ngan bdk2 lps spm? gilo! uwaaa!

  M.E

April 7, 2010 at 2:54 AM

impliedly they answer u...
the answer is obviously NO!
best per, jd budak2~ haha...

  Zulaykha Nadya

April 12, 2010 at 11:57 AM

siyez 'menjawab' soaln... haha

  Anonymous

August 15, 2010 at 12:58 AM

just imagine when u have to answer hundreds of emails per day. 1 question could lead to another question. For example. U asked me whether u can be exempted. And i'll answer no. And it will lead to another question, u probably would ask why? And i'll answer u by giving d reliable sections of d act. And it will lead to another question, is there any other way for u not to go? Basically, i'm trying to be ahead in answering all ur questions. This is very immature

  Anonymous

August 16, 2010 at 1:38 PM

jadi cik juza tak mau pegi... ok noted.. anyway.. about ur question.. sebelum kita berlari kena belajar berjalan.. sebelum kita berjalan kena belajar merangkak.. kalau baru merangkak dah nak berlari.. alamatnya cedera parah laa kita nanti..